SENARAI TUGAS JAWATAN KUASA

 

 

JAWATAN

TUGAS / PERANAN

1.

YANG DIPERTUA

1.       Menentukan visi dan misi MGCNK selari dengan  visi dan misi  KPM / JPN

2.       Merancang  aktiviti MGCNK bagi memenuhi keperluan  MGCNK, JPN dan KPM

3.       Memastikan MGCNK berperanan aktif dalam meningkatkan profesionalisme Guru Cemerlang, membantu JPN meningkatkan prestasi sekolah, kebajikan Guru Cemerlang dan  melahirkan Guru Cemerlang baru.

4.       Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Agung / AJK / program induk MGCNK

5.       Menghadiri mesyuarat JPN/KPM/JNS sebagai wakil MGCNK

 

2.

NAIB YANG DIPERTUA  1 DAN 2

1.       Menjalankan tugas-tugas YDP semasa ketiadaan YDP

2.       Bersama memastikan MGCNK berperanan seperti dalam senarai tugas YDP di atas.

3.       Bersama memikul tanggungjawab menggerakkan MGCNK

 

3.

SETIAUSAHA 1

1.       Mencatat, menyimpan dan mengedarkan minit-minit mesyuarat AJK dan mesyuarat Agung MGCNK

2.       Menyediakan senarai kedatangan,merekod kedatangan ahli-ahli setiap kali mesyuarat atau perjumpaan atau aktiviti induk MGCNK

3.       Menyimpan data semasa MGCNK

4.       Bertanggungjawab bersama menggerakkan MGCNK

 

4.

SETIAUSAHA 2

1.       Menguruskan hal-hal perhubungan MGCNK dengan JPN/ JNS / pihak-pihak berkaitan khususnya dari segi surat menyurat, temujanji atau keperluan tertentu.

2.       Menjalankan tugas Setiausaha 1 semasa ketiadaanya.

3.       Menyimpan data semasa MGCNK

4.       Bertanggungjawab bersama menggerakkan MGCNK.

 

5.

BENDAHARI

1.       Menguruskan penerimaan dan pengeluaran wang MGCNK mengikut prosedur kewangan yang betul dan telus.

2.       Memastikan pungutan yuran atau lain-lain bayaran masuk ke akaun MGCNK atau bayaran keluar dari akaun MGCNK dilakukan dengan sempurna.

3.       Mengeluarkan surat peringatan kepada ahli-ahli atau pihak-pihak yang tidak menjelaskan apa-apa bayaran yang perlu dibayar kepada MGCNK.

4.       Menyediakan penyata kewangan atau laporan kewangan pada setiap kali mesyuarat Agung atau mesyuarat AJK.

6.

AJK  KEBAJIKAN

1.       Merancang aktiviti kebajikan untuk ahli-ahli MGCNK

2.       Sentiasa peka kepada hal-hal kebajikan ahli  dengan mendapatkan maklumat daripada Pengerusi Daerah atau ahli-ahli mengenai :

a.       Guru Cemerlang yang akan bersara dalam  bulan terdekat

b.       Guru Cemerlang yang sakit kronik

c.       Guru Cemerlang /keluarga/ibu bapa GC yang meninggal dunia

d.       Keluarga Guru Cemerlang yang menghadapi masalah yang berat seperti isteri/suami yang sakit kronik, ditimpa bencana , kemalangan serius dan seumpamanya.

e.       Lain-lain bentuk kebajikan

3.       Memaklumkan segera kepada YDP/NYDP/SU untuk tindakan segera.

4.       Mewakili MGCNK  atau menguruskan wakil MGCNK untuk menziarahi  GC berkenaan  serta menyampaikan sumbangan MGCNK ( jika ada / perlu ).

 

7.

AJK PENERBITAN

1.       Merancang penerbitan Buletin MGCNK mulai Januari 2008 – tentukan bilangan yang mampu diterbitkan

2.       Memilih GC yang sesuai,  boleh mengarang, mahir komputer , berminat dalam penulisan sebagai  AJK / Sidang Pengarang

3.       Merancang format, kandungan, bahan  yang sesuai dimuatkan.

4.       Mengadakan siri mesyuarat / perjumpaan dalam kalangan siding pengarang untuk memastikan bultein diterbirkan mengikut jadual.

5.       Bekerjasama dan saling berhubung dengan AJK lain untuk mendapatkan maklumat dan bahan.

6.       Memaklumkan kepada YDP dari semasa ke semasa untuk menyemak draf sebelum dicetak.

 

8.

AJK DATA

1.       Memastikan data GC Kedah dalam beberapa perspektif sentiasa dikemaskini :

a)       Data GC keseluruhan mengikut Gred

b)       Data GC mengikut Gred dan Daerah

c)       Data GC mengikut Gred, Menengah/Rendah dan Mata Pelajaran dalam setiap Daerah

d)       Data GC mengikut Gred, Menengah/Rendah dan Mata Pelajaran bagi seluruh negeri

2.       Sentiasa menghubungi Pengerusi Daerah untuk melengkapkan data seperti maklumat telefon, faks , handphone , email dan seumpamanya pada setiap bulan.

3.       Mencetak dan menyediakan salinan data GC mengikut kriteria para 1 untuk YDP menghantar ke JPN/JNS setiap kali ada perubahan data.

4.       Memaklumkan kepada YDP dari semasa ke semasa jika ada perubahan data GC

 

9.

AJK PROFESIONALISME

1.       Merancang pelaksanaan kursus dalaman untuk meningkatkan profesionalisme Guru Cemerlang

2.       Menyediakan kertas kerja permohonan peruntukan untuk seminar atau kursus jika ada tawaran daripada JPN/PSPM/IAB dan seumpamanya.

3.       Menguruskan penyediaan kertas kerja pembentangan untuk Seminar GC Malaysia atau Seminar GC Kedah

4.       Menyediakan laporan dan dokumentasi setiap kali ada kursus atau seminar.

5.       Memilih GC yang sesuai sebagai AJK

 

10.

AJK LAMAN WEB

1.       Menyediakan Laman Web MGCNK

2.       Mengemaskini maklumat laman web dari semasa ke semasa

3.       Menghebahkan maklumat alamat  laman web kepada ahli-ahli dan bahagian tertentu JPN/KPM

4.       Memasukkan laporan aktiviti MGCNK dari semasa ke semasa

5.       Memilih GC yang sesuai sebagai AJK

 

11.

AJK DOKUMENTASI dan FOTOGRAFI

1.       Mengambil gambar  semua aktiviti MGCNK termasuk mesyuarat

2.       Melabel gambar  dengan penjelasan aktivti dan  tarikh

3.       Menyediakan dokumentasi bergambar bagi setiap aktivti

4.       Memilih GC yang berminat, sesuai dan boleh menjadi pembantu di setiap daerah.

5.       Sentiasa menghubungi Pengerusi Daerah untuk mendapat maklumat dan gambar aktiviti.

6.       Menyediakan dokumentasi tahunan aktiviti MGCNK dalam bentuk cetakan dan CD.

 

12.

PENGERUSI DAERAH

1.       Menyediakan struktur organisasi kerja GC Daerah

2.       Menyedia, mengemaskini data GC Daerah mengikut format yang disediakan oleh AJK DATA.

3.       Mengadakan mesyuarat GC Daerah mengikut kekerapan yang sesuai.

4.       Menghantar salinan minit kepada YDP dan Setiausaha

5.       Menghantar laporan aktivti kepada YDP, Penerbitan, Laman Web dan AJK Dokumentasi dalam bentuk cetakan dan “soft copy”dari semasa ke semasa

6.       Merancang aktiviti GC Daerah sepanjang tahun

7.       Sentiasa menghubungi YDP / SU untuk memaklumkan aktivti yang akan dilaksanakan.

8.       Membantu pungutan yuran  dan bayaran-bayaran tertentu dari semasa ke semasa

9.       Membantu AJK Penerbitan, AJK Profesionalisme dalam urusan yang berkaitan.