Make your own free website on Tripod.com

 

 
                                        

 

                           SUMBANGAN GURU CEMERLANG DALAM PROGRAM

                  PENINGKATAN PRESTASI SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI KEDAH

 

1.     Tugas dan peranan Guru Cemerlang

 

1.1

Konsep Guru Cemerlang

 

 

Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan,kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang juga adalah guru yang sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cemerlang secara berterusan. ( Ruj: Terma Rujukan Guru Cemerlang,Kementerian Pelajaran Malaysia 2006 ms: 3 )

 

1.2

Tugas dan peranan Guru Cemerlang

 

 

 

 

 

a) Mengajar mata pelajaran kepakarannya

b) Memimpin dan membantu tugas kurikulum dan kokurikulum mata

    pelajarannya

c) Menjadi pakar rujuk, memberi nasihat dan membimbing guru mata  pelajaran

    kepakaran dan bidang pengkhususannya

d) Menjalankan kajian,menghasilkan penulisan ilmiah,meneroka inovasi dan

    penemuan baru dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang

    pengkhususannya

e) Melaksanakan tugas-tugas kepakaran yang diarahkan oleh Pengarah

    Pelajaran Negeri dan Pengarah Bahagian Kementerian Pelajaran 

    Malaysia

 

 

(Catatan : Rujuk Lampiran )

                          Jadual : Peratusan Tugas Guru Cemerlang Mengikut Gred

Tugas

DGA32-34

DG44

DG48

DG52-54

GKC

a)

20-25

(70%)

20-25

(75%)

20-25

( 75%)

15-18

(65%)

15-18 (65%)

b)

10%

10%

10%

10%

5%

c)

5%

5%

5%

10%

10%

d)

5%

5%

5%

5%

5%

e)

10%

5%

5%

10%

15%

                                  ( Ruj: Terma Rujukan Guru Cemerlang,Kementerian Pelajaran Malaysia 2006  )

 

 

 

 

 

 

 

2.

Bentuk sumbangan Guru Cemerlang kepada sekolah-sekolah

 

 

 

 

2.1

Melalui Program Majlis Guru Cemerlang Negeri Kedah ( dengan arahan dan perancangan Jabatan Pelajaran Negeri /Sektor Akademik/Sektor Jaminan Kualiti) :

·         Projek Sekolah Angkat MGCNK

·         Program Gempur GC-JPN

·         Program peningkatan prestasi sekolah-sekolah pilihan JPN

·         Pembinaan Modul-modul latihan

·         Bengkel/Kursus anjuran JPN

 

 

2.2

Melalui Program  Jawatankuasa Guru Cemerlang  Daerah( dengan arahan dan perancangan Pegawai Pelajaran Daerah) :

·         Bimbingan profesionalisme guru daerah

·         Bimbingan mata pelajaran kepakaran GC untuk pelajar

·         Program motivasi mata pelajaran kepakaran GC

·         Kemahiran belajar mata pelajaran kepakaran GC

·         Pembinaan modul latihan

·         Bengkel/Kursus anjuran PPD

 

 

2.3

Melalui sumbangan individu Guru Cemerlang ( mengikut jemputan sekolah/PPD/ JPN  atau melalui program individu GC dengan restu PPD/JPN ) :

·         Kakitangan sumber / Jurulatih Utama mata pelajaran negeri

·         Teknik menjawab soalan UPSR/PMR/SPM/STPM

·         Bimbingan profesionalisme guru daerah

·         Bimbingan mata pelajaran kepakaran GC untuk pelajar

·         Program motivasi mata pelajaran kepakaran GC

·         Kemahiran belajar mata pelajaran kepakaran GC

·         Kemahiran ICT dalam P&P  ( secara umum atau dalam mp kepakarannya)

 

 

2.4

Melalui program tertentu Kementerian Pelajaran Malaysia / bahagian-bahagian kementerian/ agensi kerajaan / NGO :

·         Jurulatih / kakitangan sumber

 

3.

Data Guru Cemerlang Negeri Kedah ( September 2007 )

 

 

 

 

GRED

MENENGAH

RENDAH

JUMLAH

 

 

DGA32

18

64

82

 

 

DGA34

0

0

0

 

 

DG44

2

-

2

 

 

DG48

32

-

32

 

 

DG52

2

-

2

 

 

DG54

0

-

0

 

 

Gred Khas C(JUSA C )

3

-

3

 

 

JUMLAH SEMUA

57

64

120

 

( Lihat  Lampiran senarai  Guru Cemerlang )

 

 

4.

Isu dan cabaran kelangsungan peranan GC di peringkat daerah/negeri

 

 

 

 

4.1

Memperbetulkan konsep “ Guru Cemerlang selalu keluar “ atau “ meninggalkan sekolah “ :

 

 

 

·         Sebenarnya GC bukan “selalu keluar” atau “meninggalkan sekolah”, tetapi “GC dikehendaki oleh PPD/JPN/KPM bertugas di luar sekolah atau memberikan khidmat di luar sekolahnya” pada waktu persekolahan. GC akan bergerakt berdasarkan surat PPD, surat JPN, faks JPN/PPD, telefon daripada PPD/JPN atau Kementerian Pelajaran Malaysia.

 

·         Ada dinyatakan tugas dan peranan GC dalam terma tugas GC – dikehendaki membantu sekolah-sekolah di sekitar atau dalam daerah atau peringkat negeri. Kuantitinya bergantung kepada arahan Pengetua/Guru Besar/PPD/JPN/KPM. Seharusnya semua bahagian sentiasa merujuk Terma Rujukan mengenai tugas GC di luar sekolahnya, bukan menyalahkan GC yang terpaksa banyak menjalankan tugas di luar sekolah.

 

 

 

 

4.2

Program Peningkatan Prestasi Sekolah-Sekolah Terpilih JPN 2007-2008 :

 

 

 

·         Program adalah di bawah  Sektor Jaminan Kualiti JPN

·         Semua pergerakan dan aktiviti Guru Cemerlang secara individu atau melalui MGCNK adalah atas arahan atau restu JPN/Sektor Jaminan Kualiti.

·         Semua Pengetua dan Guru Besar yang mempunyai Guru Cemerlang perlu diberi maklumat mengenai program ini dan peranan GC supaya isu 4.1 di atas tidak timbul.

·         Sekolah-sekolah dalam senarai program ini boleh mendapatkan khidmat Guru Cemerlang dengan menghubungi GC berkenaan ( untuk penentuan masa dan bidang bimbingan ) dan memohon JPN/Sektor Jaminan Kualiti mengeluarkan surat arahan bertugas. Tidak ada apa-apa bayaran yang perlu dibuat kepada GC berkenaan yang bertugas di sekolah tuan/puan dalam masa persekolahan.

·         Penempatan Guru Cemerlang ke sekolah-sekolah di bawah program mengikut jumlah tertentu atas kehendak JPN . MGCNK mencadangkan 3 hingga 4 Guru Cemerlang ditempatkan/ditukarkan ke sekolah tertentu atau melaksanakan konsep “Guru Cemerlang Beredar” ke sekolah-sekolah di bawah projek.

 

 

 

 

Disediakan oleh:

 

Hj.Rodzli Hashim

YDP MGCNK

SMK Dato’Syed Omar