MAJLIS GURU CEMERLANG NEGERI KEDAH (MGCNK)

 

 

            Matlamat MGCNK

 

Menjadi pertubuhan yang aktif dan berkesan dalam meningkatkan profesionalisme Guru Cemerlang dan guru-guru negeri Kedah serta meningkatkan prestasi akademik sekolah-sekolah negeri Kedah

 

 

Moto/Slogan MGCNK

 

“Kecemerlangan Berterusan”

 

 

Visi MGCNK

 

MGCNK menjadi pertubuhan yang aktif dan berkesan menjelang 2010

 

            Huraian Visi :

 

·         Pertubuhan aktif  -  giat merancang dan melaksanakan kegiatan akademik yang boleh membantu peningkatan prestasi pelajar, prestasi sekolah serta meningkatkan kecekapan, kemahiran serta pengetahuan guru-guru negeri Kedah. Visi boleh dicapai melalui kreativiti dan inisiatif Guru Cemerlang menghasilkan bahan-bahan pembelajaran dan pengajaran untuk pelajar dan guru, mengadakan bengkel profesionalisme guru, program pemuafakatan dan kaloboratif antara sekolah dan daerah.

·         Pertubuhan berkesan – boleh meningkatkan prestasi pelajar di peringkat sekolah dan negeri dalam peperiksaan awam. Berupaya meningkatkan kecekapan dan kemahiran profesionalisme guru dalam P&P dan pengurusan panitia mata pelajaran.

 

 

Misi MGCNK

 

·         Melaksanakan program melebarkan pengalaman P&P kepada guru-guru negeri Kedah dalam usaha memantapkan P&P guru.

·         Usaha secara kaloboratif dengan pelbagai agensi pendidikan di negeri Kedah seperti IAB, UUM, IPDA, MPSAH, PSPN, MGB, PKPSM dan INSANIAH

·         Membantu menjayakan program-program akademik dan profesionalisme Jabatan Pelajaran Negeri Kedah dan Jemaah Nazir Sekolah Negeri Kedah.

·         Meningkatkan keilmuan dan kemahiran Guru Cemerlang dalam pelbagai aspek kurikulum, kepimpinan dan P&P sebagai pengkayaan untuk membimbing guru.

 

 

Objektif MGCNK

 

 

·         Meningkatkan kecekapan dan kemahiran P&P Guru Cemerlang.

·         Menjalin kerjasama dan pemuafakatan yang lebih erat dan berkesan dengan pelbagai agensi pendidikan di negeri Kedah.

·         Memastikan Guru Cemerlang memberi komitmen yang tinggi terhadap program-program MGCNK, JPN, PPD dan JNS.

 

HOME